1. Hipokrit
Di awal perkenalan , si dia akan menjadi insan yang paling mulia. Apa sahaja yang kamu mahu semuanya akan dipenuhi. Namun harus diingat semua itu hanya mampu bertahan tidak labih sebulan. Sedikit demi sedikit si dia akan menunjukkan taringnya.
2. Poket kosong
Sentiasa kemas dan peratakannya seperti orang berada tapi sebenarnya poket kosong. Kalau ada pun cuma cukup untuk buat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan kemudian duit kamu pulalah menjadi mangsa.
3. Tidak patuh pada janji
Lelaki kesanova tidak pernah patuh pada janji. Tengok sahaja setiap kali kamu dating siapa yang akan sampai dahulu.
4. Banyak alasan
Sering beri pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan. Lebih jelas lagi dia juga sering mempersalahkan orang lain di atas kesalahannya sendiri.
5. 'Branded'
Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa.
6. Berlagak macho
Apabila keluar dengannya selalu tunjuk macho depan perempuan. Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu. Kononnya mahu buktikan pada kamu si dia tidak curang di belakang kamu tetapi dia memang peramah dengan semua orang.
7. Berani bertindak di luar batasan
Baru kenal tidak sampai seminggu sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian yang sensitif. Sengaja mahu menggoda kamu untuk pergi lebih jauh lagi.
8. Kaki kikis
Selepas sebulan berkawan si dia sudah berani minta wang untuk dipinjam. Tanpa segan silu si dia memintanya dari kamu. Tetapi alasan yang diberikan untuk meminjam memang konkrit dan silap-silap haribulan kamu akan termakan dengan kata-kata manisnya.
9. Gunakan paras rupa
Lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan sebab itulah perempuan mudah cair dan jadi mangsa. Jangan mudah percaya pada wajah tetapi percayalah pada hati.
10. Perahsia
Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahu membawa kamu berjumpa ibu bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku tetapi harus diingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetapi ajak ayam-ayam sahaja. Mulut kata ya tetapi dalam hati tidak.
No comments:
Post a Comment